21 October 2017

FMCB Configurator

Salam 1 PS2,

Apa itu FMCB Configurator?


Kegunaannya adalah untuk mengubah antaramuka FMCB Menu seperti :

1. Menambah program ELF ; OPL uLaunch, Code Breaker, dll.
2. Mengubah urutan program
3. Mengubah posisi antaramuka FCMB
4. Dan banyak lagi. Aku pun tak habis explore.


Dibawah adalah antaramuka Configurator.



Load CMF from MC0,  MC1, atau Mass.
Maksudnya load Configuration yang telah disimpan didalam Memorikad atau thumbdrive.

Configure E1, E2, E3, launch keys
Shortcut button untuk korang set program.
Hold butang untuk terus masuk ke program semasa logo FMCB keluar.

Configure OSDSYS
Untuk korang tambah, buang, atau tukar kedudukan program ELF di Menu utama.

Save CMF to MC0, MC1, atau Mass
Simpan setting.

Return to loader
Keluar FMCB dan masuk ke uLaunch.

Restart FMCB
Keluar Configurator dan masuk ke FMCB.

Nota.
Kalau MC kat slot 1, korang save setting kat slot 1. Nanti bila korang guna kat slot 2,FMCB tak detect setting.

Cara Aku Install FCMB



Aku kongsikan cara install FMCB beserta OPL Daily Build.

Tak perlu susah susah nak copy OPL DB dari thumbdrive ke MC0/Boot.

1. Download FMCB Installer with OPLDB dari Google Drive
2. Download uLaunchelf v4.12 iso dari link yang sama diatas.
3. Burn ulaunchelf sebagai image kedalam CD-R. CD-RW tak boleh dibaca oleh PS2.
4. Extrak FMCB Installer kedalam thumbdrive.
5. Mainkan CD uLaunchelf, dan akses ke thumbdrive @ Mass:
6. Format Memorikad
7. Klik Multi Version Install supaya memorikad dapat digunakan oleh semua model PS2.
8. Setelah selesai, bolehlah boot ke menu utama FMCB melalui Launch FMCB.

Nota:
Normal Install hanya dapat digunakan oleh model PS2 yang sama.
Boleh install Multi Version diatas Normal Version kalau tak salah aku. Tak pernah cuba.

Apa Itu FCMB



FMCB bermaksud Free Memory Card Boot.

Ia adalah exploit dari aplikasi yang

diperkenalkan oleh SONY sendiri untuk PS2. Umpama DLC untuk PS2. Malangnya SONY telah menarik balik aplikasi ini setelah wujudnya exploit oleh para hacker.

Apa yang FMCB boleh buat?
Boleh menjalankan aplikasi atau program ELF seperti file manager uLaunch, OPL, Simple Media Server SMS, dan banyak lagi.

Semua ini dapat dilakukan setelah install FCMB kedalam memorikad yang mengambil kira kira 4Mb ruang storan.