31 December 2016

Smart Watch Pertama

Assalamualaikum,

Semalam aku order smart watch pertama aku dari Lazada.

Harga RM90 sahaja.

Spesifikasi :
Data synchronization:  Connected, 5 minutes automatically synchronized once
Historical data:  Store 7 days
Trend Analysis :  Day, week, month, year, (all day and sleep)
Day data details:  Number of steps, calories, intensity
Chart Analysis:  Steps curve
Degree of completion:  Percentage
Motion data details:  Duration, number of steps, calories, optional heart rate (average, maximum)
Chart Analysis:  Step curve, heart rate curve, heart rate zones
Motion data comparison:  The same type of motion Contrast
Sleep data details :  Sleep long, deep sleep, light sleep, waking statistics 
Curve analysis:  Sleep curve, heart rate curve
Real-time heart rate monitor:  Real-time measurements in the mobile phone side, with the type of movement
Fatigue monitoring:  Irregular automatic measurements
Family friendly:   Share fatigue data and the weekly trend to relatives
Movement Goal Setting:  Target number of steps
Equipment Management:   Add or cancel equipment
Remote Upgrade:  Firmware and sensor algorithm optimization and upgrading




Boleh baca selanjutnya dari ni.
https://www.aliexpress.com/store/product/Makibes-JW018-BT4-0-Smart-band-bracelet-Heart-Rate-Monitor-Activity-fitness-Tracker-Wristband-for-IOS/1086467_32526884395.html


Nanti dah sampai, aku akan tuliskan review.

30 December 2016

Kabinet Dapur DIY

Assalamualaikum
Petang ni nak kongsikan kabinet dapur DIY.

Beli rak dari Giant.
Harga dah lupa. Anggaran RM50
Besi RM6.50 x 2set = RM13
Masa 2jam



27 December 2016

Rumah umpama...

*Hari ini* ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, ada *suami tidak mengajar* anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah *tiga suasana* di rumah2 di seluruh dunia:

1) Suasana *Pawagam*

TV dan Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.

2) Suasana *Hotel*

Rumah yang dihias mewah2 seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3) Suasana *Restoran*

Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak).

Kita perlu berubah kepada *Kefahaman Agama* agar suasana rumah berubah.

_Suasana rumah seperti *rumah Baginda SAW dan Sahabat2 di Madinah* tidak wujud lagi.._ iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.

Hidupkan *suasana bacaan al-Quran dan Hadis*di rumah. 

Hidupkan *suasana dakwah*. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.

Hidupkan *suasana zikir dan solat2 sunat* di rumah..

Rumah penuh dengan *Nur al-Quran-Hadis*.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.

Lahirkan anak2  *Alim-Alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah* yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam2 lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya *hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis*.

Wujudkan amalan bacaan *taklim Hadis Nabawi di rumah2* kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi SAW dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi SAW, insan2 yang telah berjaya.

*Barulah ahli keluarga  hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.*

Semoga kita semua  *berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah* di rumah kita In shaa Allah..

Wallahu a'lam.