WALAUPUN selama ini saya dilihat sering ‘menyerang’ SJKC kerana kedegilan mereka melaksanakan agenda kerajaan, terutama berkaitan dengan BM, itu bukan bermakna saya menafikan kekuatan SJKC dan bangsa Cina itu sendiri.
Pertama, Cina sudah sinonim dengan sifat rajin. Struggle for survival. Sifat ini diwarisi turun-temurun. Ada beberapa SJKC tinggalan sejarah, terutama di ladang, boleh dikatakan keseluruhan pelajar dan pelajar Cinanya sangat sedikit, tetapi masih survive.
Semangat berkorban atas nama bangsa sangat tinggi. Jika mereka bersungguh-sungguh dalam mempelajari BM, sudah tentu bilangan yang mendapat straight A akan mengatasi Sekolah Berasrama Penuh. BM adalah subjek killer kepada prestasi SJKC.
Itu pun kerajaan amat bertolak ansur dengan memudahkan subjek BM, dengan menjadikan BM di SJKC lebih mudah berbanding dengan BM di SK. Jika subjek BM diseragamkan mengikut kurikulum SK, sudah tentu lebih banyak kelas peralihan terpaksa diwujudkan kerana ramai yang akan mendapat markah rendah atau gagal. Peliknya, kenapa Bangla, Myanmar dan Nepal boleh menguasai BM dengan cepat, rakyat kita begitu sukar?
Kedua, Cina berpendirian urusan pendidikan, terutama melibatkan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran (P&P), tidak boleh diharapkan kepada kerajaan semata. Mereka akan memberi sokongan moral, wang ringgit dan tenaga terhadap kemajuan pendidikan.
Ibu bapa Cina tidak teragak-agak untuk berbelanja bagi pendidikan anak mereka, walaupun dalam kalangan tidak berada. Meskipun SJKC dibantu sepenuhnya oleh kerajaan, SJKC masih mengenakan yuran tambahan yang lain seperti yuran sewa komputer dan peralatan ICT, kelas tambahan, kelas khas BM dan sebagainya. Jika di SK, sudah tentu kita melompat bila dikenakan yuran tambahan. Yuran PIBG yang setahun RM20 sudah melenting.
Ketiga, setiap tahun mereka akan mengadakan fund raising. Kutipannya mencecah jutaan ringgit. Bangunan tambahan, dewan dan kemudahan ICT kebanyakan ditampung melalui wang ini. Mereka tidak berputus asa menambah dana. Bertemu dengan menteri, wakil rakyat, Majlis Perbandaran dan lain-lain agensi swasta. Mereka berbaik dengan semua pihak, sama ada Kerajaan Pusat mahukan kerajaan negeri (pembangkang). Kiri kanan makan, masuk. Jangan terkejut jika ada kelas berhawa dingin. Guru-guru SK disibukkan dengan acara-acara politik yang kadangkala membebankan.
Keempat, kualiti P&P subjek Matematik. Cina telah mewarisi sistem P&P Matematik yang pantas dengan ringkas. Sehingga kini, anak saya membuat pengiraan Matematik (darab) dalam bahasa Cina (BC) walaupun telah meningkat dewasa. Latihan Matematik dalam BC lebih mudah diingat daripada BM.
Kelima, Kesatuan pengurusan. Sekolah Cina sering mengamalkan corak 3 serangkai yang menggabungkan lembaga pengelola sekolah, guru besar dan guru serta PIBG. Gabungan ini amat mantap dikenali sebagai Dong Jiao Zong.
Keenam, SJKC sanggup berkorban dengan mengadakan kelas tambahan, terutama killer subject, BM dan BI. Sejujurnya, SJKC lebih banyak mengadakan kelas pada hari Sabtu, yang diisytiharkan sebagai cuti umum, berbanding SK.
Ketujuh, bertemu ibu bapa. Bagi kelas peperiksaan (UPSR), dalam setahun, paling kurang ada tiga kali perjumpaan dengan ibu bapa. Di SK dan SRA, sekali dah dikira mujur. Perjumpaan lain lebih kepada solat hajat, air Yasin, jamuan puasa dan raya. Itu pun tidak ramai ibu bapa yang datang.
Kelapan, soal keselamatan. Jarang sekali berlaku kemalangan jiwa di SJKC. Pengawal keselamatan mereka dilatih bertugas dengan baik, dan bertanggungjawab. Bukan seperti SK dan SRA, bila berlaku kemalangan jiwa, baharulah langkah keselamatan diambil.
Kekuatan lain, jika ada dalam kalangan anak mereka tidak mahu belajar, dengan segera mencari kemahiran tangan. Tidak mahu melihat anak membuang masa dan melepak. Mereka akan disuruh duduk di bengkel-bengkel sebelum menjadi tauke bengkel. Manakala yang perempuan sanggup menjadi shampoo girl sebelum menjadi 'taukehso'.
Banyak lagi faktor lain, cukuplah setakat ini untuk pengajaran kepada kita s
22 August 2016
Rahsia Kekuatan SJKC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Satu lagi sebabnya ialah, majoriti tenaga pengajar di SKJC adalah cina. Jadi penguasaan bahasa tentulah sukar pada mereka yang sememangnya berketurunan cina untuk menguasai bahasa kebangsaan......
Post a Comment