02 March 2017

Barang yang perlu penjaga bawa jika ahli keluarga dimasukkan ke hospital

Assalamualaikum,



Pagi ni aku kongsikan beberapa barang yang perlu ada jika ahli keluarga dimasukkan ke hospital. Pengalaman diambil berdasarkan sepanjang pengalaman aku tinggal di Rumah Rehat Hospital Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sungai Petani, Kedah.

Kes aku berdasarkan isteri masuk wad bersalin selama 3 hari.

Sepanjang pengalaman aku kat sini, aku senaraikan barang yang digunakan supaya memudahkan bakal penjaga.

1. Peralatan mandi dan baju persalinan.
Jangan lupa penyangkut tuala

2. Powerbank yang cukup untuk 2X charge penuh. Satu bagi kat dia guna, satu lagi bawa balik untuk charge. Satu Powerbank lagi untuk kegunaan sendiri. Isteri aku guna Xiaomi Redmi 4A, dengan kapasiti bateri 3200mah. Mampu bertahan 12 jam dengan penggunaan internet berat. Dalam wad, tidak dibenarkan menggunakan wall plug kerana wall plug untuk kegunaan mesin. Pihak hospital juga risau kalau HP meletup dan sebagainya.

3. Charger Dan Kabel kalau terdesak nak charge HP. Boleh charge Kat Rumah Rehat.

4. Bantal kecil kalau rasa nak baring baring.

5. Beg pesakit dicadangkan yang mempunyai roda. Sebab berat ooo nak tarik dari wad 7 ke parking kereta. Biasanya bukan satu beg sahaja.

6. Sentiasa plan nak guna kerusi beroda atau tidak.

7. Biasanya selepas lawatan doktor pukul 8-9 pagi, pesakit akan diberitahu boleh discharge atau tak. Kalau boleh discharge, kena tunggu surat bil siap pukul 2 paling awal. Tunggu doktor meeting pagi, dan sain doktor. Kot la ada follow up lagi lepas ni.

8. Parking percuma hospital amat sukar dan terhad. Cuba datang awal pukul 8-9 sebab shif malam berakhir. Atau datang pukul 3-4 sebab pesakit dah discharge, kereta penjaga dah balik. Kalau nasib tidak menyebelahi, anda boleh parking di tempat parking sebelah hospital. Sekali masuk RM2 sahaja.

9. Hati hati dengan pencuri barang berharga di Rumah Rehat.

posted from Bloggeroid

No comments: