Ini adalah ringkasan pengenalan OPL sahaja.
Open PS2 Loader atau lebih dikenali dengan OPL berfungsi untuk menjalankan backup game dalam format ISO dari internal HDD, thumbdrive, atau dari network LAN.
OPL9 atau OPL Daily Build?
OPL9 adalah versi stabil. Manakala OPL Daily Build adalah versi masih dalam development, tapi mempunyai beberapa fitur yang tidak terdapat dalam versi OPL9.
Cara Install OPL:
1.Download OPL9 atau OPL Daily Build, extract sehingga anda dapat file ELF.
2. Dengan menggunakan uLaunchELF, copy file ke memorikad MS0 atau MS1, dan seterusnya paste kedalam folder Boot.
3. Configure FCMB Configurator untuk memaparkan OPL di FCMB Menu.
Cara guna:
1. Setelah anda memilih OPL dari menu FMCB, anda akan dibawa ke antaramuka OPL. Contoh seperti dibawah.
2. Kalau game tidak dipaparkan, tekan Select, atau L1. Ini bergantung kepada versi OPL anda.
OPL Settings
Jika anda tekan Start, anda akan dibawa ke menu Setting.
Seterusnya pilih Settings untuk masuk ke setting OPL.
Tukar USB Device Start Mode kepada Auto.
Tukarkan HDD Device Start Mode kepada Auto jika anda menggunakan PS2 FAT dengan internal HDD terbina didalam.
ETH Device Start Mode jika anda main melalui network LAN.
OK untuk keluar ke menu dan WAJIB Save Changes jika mahu semua perubahan disimpan.
Aku juga suka setkan Remember last played game kepada ON dan set kepada 5 saat sebelum OPL automatik melancarkan game terakhir yang aku pilih. tak perlu susah susah nak scroll dan klik lagi.
Check USBgame fragment aku OFF kan. Kalau tak, OPL akan check fragment sebelum lancarkan game. Lambat dan leceh.
No comments:
Post a Comment