19 July 2018

VitaBattery v1.4

Download : https://github.com/joel16/VITABattery/releases





Installation:


  • Put "batteryPercent.suprx" in ux0:/tai folder in your PS Vita.
  • Open ux0:/tai/config.txt and add the following:
  • Kalau tak menjadi, letak dalam ur0:tai/config.txt
Code:
# titleid for your application
*ALL
ux0:tai/batteryPercent.suprx
 
 
The new button configurations are as follows:
Start + Up -> Current battery percentage.
Start + Left -> Current battery temperature in degrees C.
Start + Right -> Battery life time.
Start + Down -> Close each of the above.
 

06 July 2018

PS2 SMB Router Menggunakan GL AR150 OpenWRT

Assalamualaikum,

Inilah cara SMB yang ramai tidak tahu.

Pendedahkan berikutnya akan membuatkan ramai terkejut!


LOL

================================================================


Ok. Aku buatkan tutorial ringkas bagaimana aku main game PS2 menggunakan router.

Al-kisahnya tersebutlah kisah.

================================================================


PS2 SMB Router Menggunakan GLI-AR 150 OpenWRT

Mini Smart Router GLI-AR 150 OpenWRT

Kelebihan:
  1. OpenWRT.
  2. Sumber kuasa dari USB 5V-1A.
  3. Menyokong USB (Untuk isi ISO, tambahan program, dll)
  4. WAN-Wide AreaNetwork
  5. LAN-Local Area Network(Kabel sambung ke PS2)
  6. Wireless LAN
  7. Murah (~RM80) 
  8. LAN 100Mbit/s berbanding USB 1.1 PS2 hanya 1.5Mbit/s pada kelajuan rendah dan 12Mbit/s untuk kelajuan penuh.

Bahan masakan
1. Mini router GLI-AR 150 OpenWRT. USB kabel didatangkan bersama.
2. Laptop.
3. Thumbdrive atau external HDD.
4. Kabel LAN.
5. PS2 lengkap.
6. Otak.
7. Kopi.



Cara-cara masakan
1. Setup Mini Router buat pertama kali.

Hidupkan router dengan menyambungkan USB power mini router kepada mana mana sumber kuasa.
Dengan mengunakan laptop atau PC dengan kemampuan wifi, sambungkan laptop kepada network GL-AR 150. Sambungan dengan kabel LAN pun boleh.
Default password : goodlife (lihat dibelakang mini router).

Buka internet browser dan taip http://192.168.8.1 pada alamat untuk masuk ke antaramuka mini router.



Buat pilih bahasa.
Maaf, Bahasa Kebangsaan tidak disediakan.
Sila sediakan kamus dewan bahasa edisi terkini.

Buat pilihan Zon masa.


Beri kata kunci(password).
Password aku letak : 00000000 supaya mudah akses dan nak taip dalam OPL nanti.
Klik Finish.



Klik OK.



2. Antara muka mini router. 


Router ini telah dilengkapi dengan OpenWRT iaitu firmware berdasarkan sumber terbuka.
Pengguna bebas untuk memasukkan(install) atau mengeluarkan(uninstall) mana mana aplikasi didalam App Repo.
Tiada app yang perlu di download dan install kerana router telah siap dipasang beberapa app yang diperlukan.




Perhatikan, thumbdrive telah di masukkan ke slot USB mini router.

Ia dikenali sebagai sda1, mungkin kerana ia tidak diberikan mana khas.


Kalau kau namakan thumbdrive sebagai GAMES, router akan kenal thumbdrive sebagai GAMES.

 Ni contoh beberapa games dalam thumbdrive aku.


3. Advance Settings.



Klik Advance Settings di penjuru atas kanan untuk ke antaramuka seterusnya – LUCI.

Username adalah default, manakala Password adalah sama seperti yang anda set di rajah atas.
Login.





Pergi ke Services > Network Shares.


sda1 akan dicipta automatik jika anda telah masukkan USB pada awal penulisan tadi.
sdb1 terhasil kerana aku sudah uji 2 thumbdrive.
Pastikan Allowed guests ditandakan.
Read only tu ikut hangpa la.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semak dalam Windows Network akan kehadiran Shared thumbdrive.
Kalau nampak folder dan isi kandungan, maknanya setup automatik tu menjadi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Log-out dan tutup browser.
 


4. Cara memasukkan game kedalam Thumbdrive.

  • Hangpa boleh isi terus fail ISO(FFXII.ISO sebagai contoh) terus kedalam folder DVD.
  • Atau guna USBUtil2.0 untuk split file ISO besar(lebih 4gb).
  • Tutorial boleh cari dalam blog aku. 




Setup OPL untuk support ETH(Ethernet SAMBA)

1. Boot masuk ke OPL kegemaran anda. Aku guna OPL Daily build. Antaramuka sedikit berlainan.

2. Masuk Settings, tukarkan ETH devices start mode kepada Auto supaya OPL terus load je game dalam thumbdrive @ HDD.
3. Tukarkan Default menu kepada ETH Games supaya OPL terus tunjuk list game.
4. Tekan X untuk keluar.


 5. Tadi untuk akses ke antaramuka router kita akses melalui http://192.168.8.1
Salinkan alamat tadi ke SMB Server.
Port tu default PS2. Lain PS2 mungkin lain port.
Share tu adalah nama storage yang router tu kenal. Rujuk point 2, Antaramuka mini router diatas.
Kalau kau namakan storan thumbdrive atau HDD sebagai GAMES, tukar Share sebagai GAMES.
User dan Password tu adalah username dan password router. Lihat Point 3, Advance Settings. 

6. Tekan OK untuk keluar dan save settings, atau Reconnect untuk terus masuk ke games tanpa save settings.


7. Tekan Select atau R1 untuk refresh list game.
8. Enjoi.

TAMMAT