17 June 2018

Samsung Device Storage Corrupt Solved


Assalamualaikum. 


Gatal tangan pi flash pit file dalam Odin. 

Lepas tu N910C ni soft brick. 

Keluar error Device Storage Corrupt. 

Panik sat. 

HP dok restart saja. 

Lepas tu aku  flash TWRP. 

Wipe > Format Data.

Wipe > Advance Wipe > Dalvik, System, Data. 

Lepas tu reboot system. 

Alhamdulillah.  Masuk balik Android. 

Alhamdulillah, cubaan flash 5.1.1 berjaya lepas error ni.  Aku pun tak tahu apa yang berlaku. Haha. 



Kena flash TWRP semula. 

Wipe Dalvik,  data,  cache. 


08 June 2018

Samsung Note 4 with Adaptive Charger

Salam

Hari ni barang yang aku order dari Lazada dengan harga RM39 dah sampai.
Barang berupa bateri baharu dan Charger baharu pada harga RM39 sahaja.
Murah betul.




Boleh test guna dulu. Tengok bateri boleh tahan atau tak.

07 June 2018

Black screen of death?

Hi,

Tiba tiba ps3 aku jadi Black screen (sebenarnya green screen).
Panik sikit.

Swap hdmi kabel dengan kabel njoi, tak jadi.
Swap hdmi 1 dengan 2 kat TV, pun tak jadi.

Google sikit. Jumpa jawapan.

Off ps3.
Tekan power button lama lama sampai ps3 shutdown balik, terus tekan sampai ps3 hidup dan shutdown semula tapi kali ni ada bunyi beep 2 kali.
Lepaskan power button.


TV akan keluar screen ni.
Pilih opsyen 3 untuk restore fail sistem.


Kalau restore success, keluar screen ni.
Kalau gagal, mungkin hdd rosak.
Cari la hdd biasa 2.5inci 5800rpm macam tu.

04 June 2018

Tazkirah



Sabda Rasulullah saw :
"Kebanyakan ahli neraka terdiri daripada kaum wanita."

Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:
"Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"

Baginda menjawab: "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak pernah bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Hadis Riwayat Muslim)

kredit: norfarid razali
Salam sejahtera,

Sini aku kongsikan anime antara terawal yang aku ingat dimasa zaman kecil dahulu.

Tak berapa ingat sinopsis cerita ni. Yang aku ingat ialah seorang kanak kanak perempuan yang mengikut ayahnya seorang ahli veterinar barangkali ke Afrika.
Disana dia terjumpa seekor haiwan yang dikenali sebagai Bushbaby yang ditinggalkan akibat kematian ibunya dan mengambil keputusan untuk membelanya.

Akhir cerita, mereka terpaksa pulang ke negara sal, tetapi haiwan ni tidak diberikan permit untuk dibawa ke luar negara, jadi mereka dengan berat hati terpaksa melepaskan haiwan ni ke dunia liar semula.



03 June 2018

Ban Pecah, Perak

Semalam aku bawa keluarga jalan jalan sekitar Ban Pecah, Perak selepas COD Samsung Galaxy Note 4 kat Mydin parit Buntar.

Pertama kali aku datang kesini. Jadi aku kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil dengan Samsung Galaxy Note 4.

Nota: Aku aktifkan Auto HDR dalam Samsung Galaxy Note 4.

Exposure macam rendah sikit.


Ni Selfie mode. Bersih muka . Haha



HDR on. Sebab tu latar cerah melampau.

HDR on. Gambar gelap sikit. Tapi lebih baik dari tak aktifkan langsung.


Sharpness bagus.


Samsung Galaxy Note 4 N910C

Assalamualaikum,





Semalam aku beli Samsung Galaxy Note 4 terpakai dengan harga RM400.
Sedikit ralat bila bateri sudah kong. boleh bertahan kira kira 4 jam sahaja agaknya dengan penggunaan berat.




Disini aku senaraikan beberapa perkata yang membuatkan aku memiliki Note 4 ni.
  1. Pen stilus.
  2. Model Note pertama yang memberi keupayaan menulis terus diatas paparan tanpa perlu masuk dan buka aplikasi.
  3. Bateri boleh tanggal. Aku malas nak bawa powerbank yang besar gedabak, lepastu kena pegang hampir 2 jam untuk penuh. MENGARUT. Baik aku beli HP yang boleh tukar je bateri bila dah habis. "Powerbank aku hanya sebesar 2 jari untuk 3220mah. 
  4. Quick Charge 2.0 . Kelajuan pengecasan sedikit rendah berbanding Lenovo Vibe P1a42  yang berkapasiti 5000mah tu(Penuh tak sampai 1.5 jam).
  5. Ada fungsi semak heart-rate, blood preasure, O2, stress, step yang didatangkan dalam S-health. Aku tak berapa pasti akan ketetapan sensor tu. Sekurang kurangnya, ada la, boleh guna.
Kelemahan.
  1. Memandangkan ni HP lama, kamera 16mp yang dibekalkan macam tak berapa cantik. macam dah kekuningan. adakala, Outldoor cantik juga. Tengok gambar dibawah.
    2. Dah ada screen burn. Biasa terjadi kat screen AMOLED. Tapi tidak terlalu jelas.