03 June 2018

Samsung Galaxy Note 4 N910C

Assalamualaikum,





Semalam aku beli Samsung Galaxy Note 4 terpakai dengan harga RM400.
Sedikit ralat bila bateri sudah kong. boleh bertahan kira kira 4 jam sahaja agaknya dengan penggunaan berat.




Disini aku senaraikan beberapa perkata yang membuatkan aku memiliki Note 4 ni.
  1. Pen stilus.
  2. Model Note pertama yang memberi keupayaan menulis terus diatas paparan tanpa perlu masuk dan buka aplikasi.
  3. Bateri boleh tanggal. Aku malas nak bawa powerbank yang besar gedabak, lepastu kena pegang hampir 2 jam untuk penuh. MENGARUT. Baik aku beli HP yang boleh tukar je bateri bila dah habis. "Powerbank aku hanya sebesar 2 jari untuk 3220mah. 
  4. Quick Charge 2.0 . Kelajuan pengecasan sedikit rendah berbanding Lenovo Vibe P1a42  yang berkapasiti 5000mah tu(Penuh tak sampai 1.5 jam).
  5. Ada fungsi semak heart-rate, blood preasure, O2, stress, step yang didatangkan dalam S-health. Aku tak berapa pasti akan ketetapan sensor tu. Sekurang kurangnya, ada la, boleh guna.
Kelemahan.
  1. Memandangkan ni HP lama, kamera 16mp yang dibekalkan macam tak berapa cantik. macam dah kekuningan. adakala, Outldoor cantik juga. Tengok gambar dibawah.
    2. Dah ada screen burn. Biasa terjadi kat screen AMOLED. Tapi tidak terlalu jelas.










No comments: