30 March 2017

Sony Alpha A6000 - Part 2

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku dah dapat kamera yang dihantar melalui Skynet 3 hari lepas.

Masih belajar cara guna.
Sebab upgrade dari Canon 1000D DSLR kepada Sony Alpha A6000 Mirrorless umpama upgrade dari Nokia e63 kepada Android Marshmallow.

Sini aku bongsu kan sedikit gambar semasa un-boxing.

Selepas buka plastik Skynet



Kotak Sony Alpha A6000






Free gift
Extra bateri dan 16Gb Sd card


posted from Bloggeroid

23 March 2017

Sony Alpha A6000 - Part 1

Assalamualaikum,

Akibat keracunan, aku terbeli Sony Alpha A6000 dari Lazada.

Kamera ini bakal menggantikan Canon DSLR 1000D yang telah berusia 8 tahun.



21 March 2017

Maybank EzyPay Shop List

Assalamualaikum,

Dok mengidam nak beli kamera. Cash takda banyak. Teringat Maybank ada EzyPay untuk pelanggan Maybank Credit Card.

Puas godek dalam Maybank.com.my tapi tak jumpa pulak nama nama kedainya.
Last sekali kita cari kat Google.com, jumpa. Alhamdulillah.

Kot la hangpa cari tak jumpa, ni aku kongsikan keyword untuk hangpa type kat Google.

Keyword yang aku guna ialah "shops maybank ezypay".



Aku klik yang ke-dua. Yang PDF tu. Nampak la lagu bawah ni.
hat bawah tu nama nama kedai.

Nak mudah, ni aku bagi link ke PDF file teruih.
https://www.maybank2u.com.my/WebBank/EzyPayMerchantList_210613.pdf




20 March 2017

SwiftKey Stats

Baru sebulan guna SwiftKey, check stat.

Memang seorang teknikal.
Online shopper.


posted from Bloggeroid

03 March 2017

Xiaomi Portable Mouse

Assalamualaikum,



Xiaomi Portable Mouse telah sampai semalam setelah melakukan pembelian online di laman Lazada beberapa hari lepas.

Punca aku beli mouse ni adalah kerana laptop aku tak dapat cari bluetooth mouse aku jenama Memtec yang aku guna hampir setengah tahun lepas. Barang murah, biasa lah.

Disini aku kongsikan gambar un-boxing dan cara-cara menyambungkan ke laptop.











Untuk penyambungan menggunakan nano receiver, keluarkan nano receiver yang disimpan didalam battery compartment kepada laptop.
Seterusnya, on-kan Xiaomi Portable Mouse Dan klik mana mana butang untuk menghidupkan sambungan. Selesai.

Untuk sambungan menggunakan sambungan Bluetooth laptop, nano receiver boleh ditanggalkan atau dibiarkan ke USB port laptop.
1. On-kan Xiaomi Portable Mouse Dan sentuh@tekan lampu hijau dibawah mouse.
2. Tekan lama untuk pair ke laptop, atau sekejap untuk sekali pair sahaja.
3. Klik icon Bluetooth di laptop anda. Search dan connect. Selesai.

Sedikit review aku tentang produk ini.

Bagi aku, design mouse yang berbentuk sedikit rata kurang sesuai@ergonomik dengan bentuk tapak tangan.
Opsyen sambungan menggunakan sambungan Bluetooth dan USB nano memudahkan kerja. Anda boleh menggunakan ia di laptop(Bluetooth) dan juga Desktop(nano USB) dengan hanya 1 mouse.

posted from Bloggeroid

Direct Wasap dengan Link Shortener

TEKNIK DIRECT WHATSAPP
---------------
Mesti korang ada perasan kan yang ada orang duk tunjuk cara untuk direct whatsapp hanya guna link yang diberikan. Tanpa save nombor.
.
Kesian kan. Tanya macamana nak buat, tapi tak dilayan. Tak reply pun macamana nak buat. Diaorang sibuk nak reply la tu. Jangan marah kat diaorang.
.
Meh, saya bongkarkan cara buat link direct whatsapp tu. Ni pun terjumpa orang bagi link tadi. Kalau salah, betulkan ye.
.
Tekniknya, hanya guna link ini:
http://www.wasap.my/
.
So, letakkan nombor anda di belakang link ini.
Contoh nombor saya: http://www.wasap.my/+60139160013
.
Kalau nak ada text semasa whatsapp, edit jadi macam ni:
http://www.wasap.my/+60139160013/pm
.
Cuba klik link tersebut. Hanya untuk smartphone.
.
Formatnya:
http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatAnda]
.
Ada yang kena test 2,3 kali baru keluar di whatsapp.
.
Kalau nak hide link tu, anda boleh guna link shortener seperti tinyurl, bitly, goo.gl ataupun domain anda sendiri.
.
Selamat mencuba.
.
Oh ye, kalau dah test dan menjadi, jangan lupa untuk share kat rakan-rakan. Tak baik kedekut ilmu. :P
.
Btw, credits untuk tuan empunya laman web wasap.my. Ini bukan laman web saya.

Kredit Imzan Razin

posted from Bloggeroid

02 March 2017

Barang yang perlu penjaga bawa jika ahli keluarga dimasukkan ke hospital

Assalamualaikum,



Pagi ni aku kongsikan beberapa barang yang perlu ada jika ahli keluarga dimasukkan ke hospital. Pengalaman diambil berdasarkan sepanjang pengalaman aku tinggal di Rumah Rehat Hospital Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sungai Petani, Kedah.

Kes aku berdasarkan isteri masuk wad bersalin selama 3 hari.

Sepanjang pengalaman aku kat sini, aku senaraikan barang yang digunakan supaya memudahkan bakal penjaga.

1. Peralatan mandi dan baju persalinan.
Jangan lupa penyangkut tuala

2. Powerbank yang cukup untuk 2X charge penuh. Satu bagi kat dia guna, satu lagi bawa balik untuk charge. Satu Powerbank lagi untuk kegunaan sendiri. Isteri aku guna Xiaomi Redmi 4A, dengan kapasiti bateri 3200mah. Mampu bertahan 12 jam dengan penggunaan internet berat. Dalam wad, tidak dibenarkan menggunakan wall plug kerana wall plug untuk kegunaan mesin. Pihak hospital juga risau kalau HP meletup dan sebagainya.

3. Charger Dan Kabel kalau terdesak nak charge HP. Boleh charge Kat Rumah Rehat.

4. Bantal kecil kalau rasa nak baring baring.

5. Beg pesakit dicadangkan yang mempunyai roda. Sebab berat ooo nak tarik dari wad 7 ke parking kereta. Biasanya bukan satu beg sahaja.

6. Sentiasa plan nak guna kerusi beroda atau tidak.

7. Biasanya selepas lawatan doktor pukul 8-9 pagi, pesakit akan diberitahu boleh discharge atau tak. Kalau boleh discharge, kena tunggu surat bil siap pukul 2 paling awal. Tunggu doktor meeting pagi, dan sain doktor. Kot la ada follow up lagi lepas ni.

8. Parking percuma hospital amat sukar dan terhad. Cuba datang awal pukul 8-9 sebab shif malam berakhir. Atau datang pukul 3-4 sebab pesakit dah discharge, kereta penjaga dah balik. Kalau nasib tidak menyebelahi, anda boleh parking di tempat parking sebelah hospital. Sekali masuk RM2 sahaja.

9. Hati hati dengan pencuri barang berharga di Rumah Rehat.

posted from Bloggeroid