20 February 2017

Windows 7 Crash Bluescreen

Assalamualaikum,

Malam ni menduga kesabaran betul.
Windows 7 aku crash selepas aku install AVG Internet Security 2017 offline.
Windows masuk boot loop. Langsung tak boleh uninstall AVG tu dan tak dapat buat System Restore.

Mula mula aku cuba la Repair dalam Safe Mode, tekan F8, masuk boot loop juga.Gagal. Next.

Cuba recover dengan Recovery Disc, fail kedua dua pilihan Startup Repair, dan System Restore. System Image Recovery aku tak buat. Tak reti sebenarnya. Gagal. Next.



Tiada pilihan, aku perlu format dan re-install Windows aku. Masalahnya macam mana nak backup file aku kat Desktop tu?

Teringat ada CD Linux Slax, tak boleh boot pula. Cuba dengan DSL(Damn Small Linux) pun tak boleh boot. Cuba dengan Puppy Linux, SUCCESS!!

Bila dah masuk dalam XDE, kena Mount sebelum boleh backup.

Lepastu start GParted,


Delete SDA1, SDA2, dan SDA3 sebab partition ni Windows punya.


Klik apply dan jadi satu unlocated partition.


Siap. Boleh boot DVD Windows dan install baru.

posted from Bloggeroid

No comments: